16 February 2009

DULI YANG MAHA MULIA TUANKU MIZAN MENGHARGAI JASA PAK LAH


Pada istiadat pembukaan Parlimen penggal ke-2, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agumg Tuanku Mizan dalam titah DiRaja baginda menghargai jasa-jasa Pak Lah dalam membangunkan negara antaranya penambahbaikan sistem kehakiman, pembanterasan rasuah dan pendakatan Islam Hadhari. Kita boleh lihat, ramai pihak yang banyak kali mempertikaikan kredibiliti BPR sebelum ini kini, menutup mulut dan berdiam diri. SPRM kini dilihat amat bebas dan tegas dalam menjalankan tugas seperti suruhanjaya yang lain seperti SUHAKAM. Pendekatan Islam Hadhari juga bertujuan memberikan kefahaman kepada umat Islam untuk berusaha mencari kemajuan di samping tidak meninggalkan ajaran-ajaran Islam yang sebenar bagi mengelak umat Islam sentiasa dalam kemiskinan dan kemunduran.

Saya berharap, Datuk Seri Najib akan menguruskan negara Malaysia dengan adil dan saksama kepada semua kaum. Saya juga berharap beliau boleh membawa Malaysia ke arah kemajuan dan kejayaan di mata dunia.

1 February 2009

PANGLIMA AWANG: PENDEKAR MELAYU YANG MURTAD?


Panglima Awang selama ini digembar-gemburkan sebagai wira klasik rakyat Melaka yang berjaya mengelilingi dunia bersama Ferdinand Magellan. Beliau dikenali barat sebagai Henry The Black atau Enrique of Malacca. Ferdinand Magellan, seorang pelayar Portugis yang menjalankan misi mengelilingi dunia tetapi terbunuh di Filipina. Ketika beliau mendarat ke Melaka, beliau terlibat dalam penaklukan Melaka oleh Portugis. Ketika itulah, ramai warga Melaka ditangkap untuk dijadikan hamba termasuklah seorang yang bernama Panglima Awang.

Sebenarnya sejarawan tidak mengetahui mengenai Panglima Awang. Nama beliau iaitu Panglima Awang adalah diambil daripada novel karangan cikgu dan tokoh nasionalisme negara, Harun Aminurrasyid. Besar kemungkinan Harun terbaca mengenai kisah Enrique of Malacca maka beliau mengambil keputusan untuk menerbitkan novel tersebut.
Menurut diari Antonio Pigafetta, seorang Itali yang mengikuti Magellan, Enrique adalah seorang Melayu yang ditangkap menjadi hamba. Tetapi, sebenarnya beliau adalah seorang pahlawan Melaka yang berkhidmat sebagai pahlawan Sultan Mahmud. Dalam pendapat lain pula, Panglima Awang adalah hamba dari Sumatera yang dibeli di Pasar Melaka. Tetapi, dia dibaptis dan diberi nama Enrique. Malah, pada 27 April 1521, Magellan terbunuh ketika perang Mactan. Duarte Barbosa, seorang ahli kelasi di kapal tersebut dilantik menjadi kapten kapal. Setelah itu, beliau diserang Raja Humabon. Diari Pigafetta juga menyatakan 18 orang sahaja berjaya melengkapkan jelajah dunia. Pelbagai persoalan yang masih belum terjawab.. Kenapa Enrique of Malacca tidak tersenarai dalam senarai 18 orang yang selamat mengelilingi dunia walaupun Enrique adalah seorang kapten kapal tersebut? Atau mungkin satu helah para mubaligh Kristian Portugis untuk membuktikan orang Melayu sudah lama murtad? Saya berharap ramai orang Melayu tidak terpengaruh dengan kenyataan tersebut.

MICHAEL JACKSON MASUK ISLAM


Michael Jackson, 50, dilaporkan telah memeluk agama terpantas tersebar di Amerika pada November, 2008. Beliau akan memilih nama Mikail, yang bersempena nama Malaikat Mikail. Dilaporkan juga bahawa, beliau juga menolak nama Mustafa yang bermaksud “yang terpilih” kerana lebih selesa dengan nama Mikail. Mungkin peristiwa ini sebahagian daripada berita baik untuk orang Islam kerana sedang Islam dilabel oleh masyarakat Barat sebagai keganasan, ikon dunia pula terpikat dengan agama ini. Malah diharapkan, dapat mengubah persepsi masyarakat dunia terhadap Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...