1 February 2009

PANGLIMA AWANG: PENDEKAR MELAYU YANG MURTAD?


Panglima Awang selama ini digembar-gemburkan sebagai wira klasik rakyat Melaka yang berjaya mengelilingi dunia bersama Ferdinand Magellan. Beliau dikenali barat sebagai Henry The Black atau Enrique of Malacca. Ferdinand Magellan, seorang pelayar Portugis yang menjalankan misi mengelilingi dunia tetapi terbunuh di Filipina. Ketika beliau mendarat ke Melaka, beliau terlibat dalam penaklukan Melaka oleh Portugis. Ketika itulah, ramai warga Melaka ditangkap untuk dijadikan hamba termasuklah seorang yang bernama Panglima Awang.

Sebenarnya sejarawan tidak mengetahui mengenai Panglima Awang. Nama beliau iaitu Panglima Awang adalah diambil daripada novel karangan cikgu dan tokoh nasionalisme negara, Harun Aminurrasyid. Besar kemungkinan Harun terbaca mengenai kisah Enrique of Malacca maka beliau mengambil keputusan untuk menerbitkan novel tersebut.
Menurut diari Antonio Pigafetta, seorang Itali yang mengikuti Magellan, Enrique adalah seorang Melayu yang ditangkap menjadi hamba. Tetapi, sebenarnya beliau adalah seorang pahlawan Melaka yang berkhidmat sebagai pahlawan Sultan Mahmud. Dalam pendapat lain pula, Panglima Awang adalah hamba dari Sumatera yang dibeli di Pasar Melaka. Tetapi, dia dibaptis dan diberi nama Enrique. Malah, pada 27 April 1521, Magellan terbunuh ketika perang Mactan. Duarte Barbosa, seorang ahli kelasi di kapal tersebut dilantik menjadi kapten kapal. Setelah itu, beliau diserang Raja Humabon. Diari Pigafetta juga menyatakan 18 orang sahaja berjaya melengkapkan jelajah dunia. Pelbagai persoalan yang masih belum terjawab.. Kenapa Enrique of Malacca tidak tersenarai dalam senarai 18 orang yang selamat mengelilingi dunia walaupun Enrique adalah seorang kapten kapal tersebut? Atau mungkin satu helah para mubaligh Kristian Portugis untuk membuktikan orang Melayu sudah lama murtad? Saya berharap ramai orang Melayu tidak terpengaruh dengan kenyataan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...