
Kemungkinan sebahagian daripada kita juga sedang menyambut pelantikan Presiden ke 44, Barack H. Obama sebagai Presiden dunia. Malah, di Kenya juga mengumumkan hari tersebut sebagai cuti umum kerana meraikan peristiwa bersejarah tersebut. Malah ada pihak menanggap beliau sebagai pembawa keamanan dunia. Barack H. Obama adalah seorang Afro-Amerika seorang anak kepada seorang muslim yang bernama Hussein. Ayahnya pada awalnya seorang muslim tetapi setelah berjumpa dengan ibunya, Hussein menjadi kurang percaya kepada agama Islam dan menjadi kufur. Walaubagaimanapun, Encik Hussein dikuburkan sebagai jenazah orang Islam.
Sejurus pelantikannya sebagai Presiden, Obama menjejakkan langkah pertamanya untuk “Menyelamatkan Dunia” iaitu berjanji dan bersedia mengeratkan hubungan dengan negara Islam yang lain. Beliau juga menandatangani surat perintah eksekutif untuk menutup penjara Guatanamo selama setahun dan memanggil askar-askar Amerika untuk berundur dari Iraq. Mungkin ini satu langkah pertama yang dilakukan oleh Obama, apakah langkah Obama seterusnya?
No comments:
Post a Comment