Harga petrol makin lama makin turun, tapi harga barang makin lama makin naik, kerajaan pun sudah mengambil pelbagai ikhtiar untuk menggalakkan peniaga menurunkan harga, mengapa mereka masih berdegil? Ramai peniaga mengambil tindakan tersebut kerana mereka ingin menampung kerugian yang ditampung ketika harga minyak naik dahulu.
Walaubagaimanapun, mereka perlu tahu mereka pasti akan menanggung kerugian yang lebih banyak kerana kebanyakan pengguna pasti tidak akan membeli barang mereka kerana pada masa ini pengguna juga tidak ada kuasa membeli. Adakah tindakan mereka berbaloi?
Mungkin inilah masa untuk para peniaga menampung kerugian yang dialami mereka tetapi persoalannya bila ia akan berakhir? Fikir-fikirkanlah..
No comments:
Post a Comment