Tindakan kerajaan menentukan masa depan kaedah pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris berdasarkan keputusan UPSR 2008 adalah satu tindakan yang tidak tepat. Baru-baru ini, keputusan PMR 2008 yang amat cemerlang juga dijadikan bukti bahawa pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris juga adalah tindakan yang tidak wajar. Sememangnya hampir semua calon PMR 2008 yang menjawab soalan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya bukannya membuktikan para pelajar bijak atau pintar dalam subjek tersebut.
Malahan, kebanyakan pelajar bukannya menjawab melalui idea-idea yang kritis dan kreatif, tetapi mereka menghafal semua jawapan yang ada dibuku teks agar tidak ditolak markah atau skema markah. Ini menyebabkan para pelajar sendiri tidak memahami apa yang mereka belajar, dan tidak memahami apa yang mereka hafalkan. Dalam kata lain, para pelajar yang berjaya menjawab bukannya dari fikiran yang matang tetapi melalui daya ingatan yang kuat semata-mata.
Mungkin pihak kementerian perlu mengambil berat tentang kemampuan para pelajar sendiri. Para pelajar mempunyai tahap kebolehan yang berlainan. Cara belajar mengikut subjek yang mampu dibawa oleh para pelajar mungkin perlu dilaksanakan. Tambahan pula, jika kementerian ingin para palajar mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa antarabangsa, kaedah MUET boleh dilaksanakan setiap tahun untuk setiap peperiksaan bagi setiap tingkatan.
Bagaimana kita ingin memperluaskan atau mendaulatkan Bahasa Melayu dalam Malysia sendiri? Inginkah kita melihat rakyat Malaysia sendiri tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu? Inginkah kita melihat suatu masa nanti budak-budak kecil tidak mengenali perkataan LEMBU sebaliknya lebih mengenali perkataan COW? Bukankah bahasa salah satu elemen dalam membentuk Bangsa Malaysia seperti yang dicanangkan oleh Tun Dr Mahathir dan sudah terbukti menyatukan rakyat Germany dan Thailand? Inginkah kita melihat bangsa Melayu sendiri memperlekehkan bahasa sendiri?
Justeru itu, adalah satu taggungjawab besar bagi kita untuk mempertahankan Bahasa Melayu. Kita sudah menjadikan perkataan ANGKASAWAN sebagai salah satu perkataan yang memberi makna yang sama seperti ASTRONAUTS di peringkat antarabangsa. Tidakkah kita ingin melihat rakyat Amerika, Rusia atau Jepun bertutur dalam Bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan saintis yang lain? Fikir-fikirkanlah
No comments:
Post a Comment