4 January 2009

TRADEGI KEMALANGAN MAUT DI KILOMETER 21, GUA MUSANG: PENGGUNAAN TALI PINGGANG BELAKANG HANYA SIA-SIA?





Pada 2 Januari lalu, tragedi kemalangan maut di kilometer 21, Kuala Krai – Gua Musang meragut 10 nyawa dan seorang bayi cedera parah. Saya dimaklumkan ketika menonton Buletin Utama di TV3, lebuh raya di kawasan itu sering terjadi kemalangan sejak beberapa tahun lalu. Mengapa kejadian ini berulang lagi? Walhal pemakaian tali pinggang belakang diwajibkan sejak 1 Januari yang lalu? Nampaknya kementerian telah terlepas pandang dengan faktor-faktor lain seperti kecuaian pemandu, memandu terlalu laju dan pelbagai faktor lain seperti hujan yang terlalu lebat yang boleh menyebabkan pemandu tidak boleh melihat keadaan sekeliling.

Ketika pemakaian tali kaledar belakang dikuatkuasakan, kementerian berkata menurut kajian, akan mengurangkan 80% kecederaan penumpang. Tetapi lihat apa yang terjadi? Dalam kejadian malang tersebut, 15 orang terlibat dalam kemalangan, 4 orang cedera 1 parah manakala 10 meninggal dunia. Jikalau begitu, hanya 33% sahaja yang terselamat tetapi 67% lagi meniggal dunia, adakah kajian kementerian itu lengkap dan menyeluruh? Sejak berapa tahun kementerian menjalankan kajian mereka? Bagaimana 80% nyawa akan dapat diselamatkan dalam kajian tersebut bercanggah dengan angka 33% nyawa yang terselamat di Kilometer 21?

Kementerian perlu menjalankan semula kajian mereka. Saya berharap kerajaan tidak menguatkuasakan undang-undang tanpa kajian yang meyeluruh pada masa depan. Bukannya pemakaian tali pinggang keledar sahaja boleh menyelamatkan nyawa, walaupun bertali pinggang belakang, bertopi keledar atau memakai baju lumba, jika faktor cuaca, faktor kecuaian atau faktor emosi pemandu tidak diambil kira, ianya tidak berguna untuk dilaksanakan. Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...