
Saya amat tertarik untuk mengutarakan pendapat mengenai pengubahan lokasi Stesen Bas Klang Utara (SBKU) ke Klang Sentral. Pihak MPK perlu mengemukakan penjelasan yang kukuh kepada warga Klang mengenainya. Bagi saya, pengubahan lokasi SBKU adalah satu keputusan yang salah dan tidak tepat. Saya sebagai salah seorang pengguna bas di SBKU amat kesal dengan tindakan MPK kerana SBKU sudah menjadi tumpuan pengguna sama ada daripada KL, Meru dan sekitar Klang. SBKU terletak di pusat bandar Klang berdekatan dengan Mydin, The Store, The Shaw Centrepoint dan macam-macam lagi. Bagaimanakah pula nasib pusat membeli belah tersebut?
Kawasan yang padat penduduk seperti Sri Muda dan Pelabuhan Klang terpaksa membayar tambang yang tinggi untuk ke Klang Sentral. Padahal, penduduk tersebut hanya ingin pergi ke pusat bandar bukannya ke Meru? Tambahan pula kawasan tersebut tiada kedai-kedai atau pusat membeli belah seperti di Klang Utara yang sememangnya menjadi tumpuan penduduk atau kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti Little India, Stesen KTM, Pejabat Pos, Galeri DiRaja Abdul Aziz dan macam-macam lagi. Berbaloikah ia? Fikir-fikirkanlah..
No comments:
Post a Comment