6 January 2009

LIGA M: PERLU ADA STADIUM KHAS UNTUK BOLA SEPAK & SALURAN KHAS UNTUK SUKAN


Penulis adalah salah seorang peminat Liga M atau lebih tepat lagi penyokong Selangor. Saya akan menonton TV1 untuk menyaksikan perlawanan Liga Super. Acap kali saya menonton TV1, fokus kamera agak tidak menarik dan terlalu jauh. Tambahan lagi, ketika perlawanan kamera hanya memaparkan dari jarak jauh walaupun pemain sedang melontar bola, merebut bola dikawasan corner, dan ketika pemain melakukan tendangan sudut. Berbeza dengan Barclay’s FA Cup, pihak media mereka boleh memaparkan aksi-aksi yang menarik dan menghiburkan untuk penonton di rumah setanding dengan ketika berada di stadium.

Say tidaklah arif mengenai cara-cara mengambil shot yang baik, tetapi ini adalah pendapat saya, mungkin faktor stadium yang terlalu besar menjadi faktor. Tidak seperti di Old Trafford, Malaysia menggunakan stadium-stadium serbaguna untuk mengadakan perlawanan. Saya amat berpuas hati jika pihak FAM mengadakan stadium bola sepak khas (tidak perlu terlalu mewah, yang penting kualiti) untuk setiap negeri untuk memberi kepuasan yang sama rata kepada penonton dirumah dan di stadium.

Bagi waktu penyiaran pula amat padat di TV1, dan besar kemungkinan akan mengganggu penyiaran bola sepak tempatan. Untuk tujuan itu, saya cadangkan agar pihak RTM membina satu saluran sukan percuma. Ini akan memberikan full coverage mengenai sukan-sukan tempatan. Jangan sampai pihak swasta pula yang mengadakan saluran tv sukan baru RTM nak ikut..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...