
Ketika umat Islam sedang menyambut Maal Hijrah 1430 dengan penuh keinsafan, umat Islam Palestin pula disambut dengan serangan roket oleh rejim Zionis yang rakus. Setakat ini seramai 750 orang terkorban setelah serangan Zionis direstui oleh Amerika melalui kenyataan Timbalan Setiausaha Akhbar White House, Gordon Johndroe yang secara terang-terangan membenarkan Israel melakukan apa sahaja tindakan yang difikirkan perlu oleh tentera rejim untuk membanteras Hamas yang selama ini dianggap pengganas.
Mengapa rejim masih menyerang Gaza milik Palestin setelah warga Palestin mengorbankan tanah demi kemerdekaan dan keamanan kepada Palestin? Israel memang seorang yang rakus.
Apakah yang perlu dilakukan oleh umat Islam untuk meyakinkan masyarakat dunia yang Israel adalah pengganas nombor 1 dunia? Selagi Amerika masih memanjakan Israel, selagi ekonomi umat Islam tidak kukuh, selagi PBB dikuasai Amerika dan selagi dasar masuk campur Amerika, serangan ini mungkin akan berulang. Dunia arab nampaknya tidak membantu Palestin dalam menanganinya atau lebih tepat lagi pemimpin Liga Arab bertindak seperti pengecut.
Kita doakan agar Hamas berjaya mempertahankan negara mereka.
No comments:
Post a Comment