
Presiden George W Bush, adalah satu nama yang tidak dapat dilupakan oleh mana-mana pihak baik orang Islam, warga dunia atau rakyat Amerika sendiri. Bush ‘berjaya’ mendapatkan kutukan dan kritikan daripada warga dunia atas tindakan Bush ke atas Iraq dan Afghanistan. Bush ingin mencari seseorang bernama Osama bin Laden, walaupun lebih 5 tahun mentadbir White House,setelah menceroboh negara berdaulat masih lagi tidak menjumpai Osama ini. Teknologi ketenteraan negara Uncle Sam ini dikatakan amat maju tetapi masih lagi tidak menjumpai Osama. Terlalu kebalkah Osama itu? Mungkin Bush ingin menggunakan nama Osama untuk menyerang negara lain.
Bush juga sering kali melindungi negara Israel yang terang-terangan menceroboh Palestin, tetapi negara-negara lain khususnya negara Islam tidak dapat menlindungi negara tersebut walaupun dibantah PBB tetapi Amerika menggunakan kuasa Vetonya untuk meneruskan hasratnya. Adilkah? Malah pergerakan Hamas yang selama ini melindungi dan berjuang mempertahankan negara Palestin dianggap pertubuhan pengganas. Salahkah mereka berjuang melindungi rakyat Palestin yang hanya bersenjatakan batu-batu kecil daripada askar Zionis yang bersenjatakan senapang dan kereta kebal?
Ketika sidang akhbar terakhir untuk Bush, Bush malahirkan rasa kesal terhadap kes penjara Abu Gharib yang amat memalukan. Maruah negara yang berbangga kerana sentiasa memperjuangkan keamanan akhirnya tercalar teruk setelah beberapa banduan penjara Abu Gharib didera teruk oleh pegawai-pegawai penjara tersebut. Malah, Bush tidak kisah tentang popularitinya walaupun Bush sudah dianggap sebagai pejuang keganasan oleh warga dunia malah rakyat Amerika sendiri.
Tambah memalukan lagi, Bush dibaling kasut oleh seorang wartawan Iraq ketika lawatan Bush ke negara Iraq. Kejadian itu sudah mencalarkan lagi maruah Bush sebagai seorang Presiden Amerika yang selama ini dipandang tinggi oleh negara-negara lain. Mungkin jika penulis ingin menghadiahkan sesuatu untuk Bush sempena hari terakhir di White House, satu-satunya hadiah paling sesuai ialah kasut, bukan sepasang kasut tetapi sebelah kanan sahaja
No comments:
Post a Comment